Form background image

FAQ

  • 1. Maklumat umum mengenai perkhidmatan genetik Gene Express

    • Apakah Gene Express?

      Gene Express adalah sebuah syarikat perkhidmatan genetik. Misi kami adalah menyediakan maklumat kesihatan berguna kepada pelanggan kami dengan mengkaji dan menganalisis maklumat genetik mereka. Hanya dengan sampel air liur, mereka dapat memahami bagaimana gen mempengaruhi perkembangan diri, risiko kesihatan dan lain-lain. Justeru, mereka dapat mengamalkan gaya pemakanan, nutrisi dan gaya hidup yang diingini untuk menjalani kehidupan yang sihat dan bermakna.

    • Apa yang membezakan Gene Express dengan pembekal perkhidmatan genetik lain?

      Perkhidmatan yang Menyeluruh
      Gene Express menyediakan rangkaian perkhidmatan genetik menyeluruh untuk pengguna yang merangkumi pelbagai kategori seperti nutrisi, kepekaan terhadap makanan, diet, kesihatan fizikal dan mental.

      Sulit

      DNA anda dianalisis di makmal kami sendiri. Sampel tidak akan dihantar kepada pihak ketiga dan maklumat anda akan senantisa disimpan secara sulit.

      Laporan yang Tepat dan Relevan

      Gen dalam produk kami dipilih daripada penerbitan saintifik yang dikaji semula dan penyelidikan utama. Cip manik yang kami gunakan adalah berdasarkan populasi Asia yang mana akan memberikan hasil yang lebih tepat dan memuaskan.

    • Apakah gen?

      Gen adalah unit asas fizikal dan fungsi asas keturunan. Gen adalah terdiri daripada DNA yang memberi arahan untuk membentuk molekul, yang dikenali sebagai protein. Dalam badan manusia, gen berbeza saiznya daripada hanya beberapa ratus sehingga ke 2 juta asas DNA.

      Setiap individu mempunyai dua salinan gen, salah satunya diwarisi daripada ibu atau bapa. Kebanyakan gen adalah sama, tetapi sebilangan kecil gen (kurang 1 peratus daripada jumlah keseluruhan) agak berbeza berbanding yang lain. Alel adalah bentuk gen yang sama dengan perbezaan kecil dalam urutan DNA asas. Perbezaan kecil ini menyumbang kepada ciri fizikal unik setiap individu.

    • Apakah polimorfisme nukleotide tunggal (SNP)?

      Polimorfisme nukleotida tunggal (SNP) juga dikenali sebagai variasi genetik - variasi urutan DNA yang berlaku apabila satu daripada empat huruf (A, T, C, G) dalam genom berbeza antara individu. Varian ini adalah penanda biologikal yang berguna dalam membantu penyelidik mengenal pasti perubahan dalam gen dan peningkatan risiko masalah kesihatan, menentukan peluang seseorang untuk mengembang atau mendapat gangguan genetik dan menilai kekurangan nutrien atau tindak balas terhadap rawatan.

    • Adakah data peribadi saya selamat?

      Kami komited dalam menjaga maklumat sulit anda. Prosedur yang ketat telah ditetapkan bagi mengelakkan kehilangan, salah guna atau pengubahsuaian data peribadi semasa dalam simpanan kami. Semua kakitangan Gene Express mematuhi kod etika peraturan kami, antara langkah keselamatan lain, hanya kakitangan yang layak dibenarkan mengakses data anda. Kami faham dan menghormati kepentingan maklumat peribadi anda. Maklumat anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga tanpa kebenaran anda.

    • Adakah penetapan had umur? Bolehkah sesiapa sahaja menggunakan perkhidmatan genetik yang ditawarkan?

      Perkhidmatan genetik Gene Express sesuai untuk semua peringkat umur. Namun begitu, sampel air liur bagi individu berumur di bawah 18 tahun, penghantaran mestilah mendapat kebenaran penjaga atau ibu bapa terlebih dahulu.

    • Jika saya ingin mencuba jenis perkhidmatan genetik lain di masa hadapan, perlukah saya mengambil semula ujian air liur?

      Tidak, anda tidak perlu mengambil semula ujian air liur kerana bahan genetik dan DNA tidak berubah sepanjang hidup kita.

    • Bolehkah saya mencuba perkhidmatan genetik jika saya mengandung?

      Ya, memandangkan ujian ini tidak invasif, anda boleh mencuba sebarang perkhidmatan genetik Gene Express. Ini tidak akan membahayakan kandungan anda kerana hanya sampel air liur yang digunakan.

    • Bolehkah saya hanya berpandukan Laporan Gene Express untuk dijadikan nasihat kesihatan saya? Adakah saya masih perlu mendapatkan nasihat doktor atau melakukan pemeriksaan kesihatan?

      Tidak, Laporan Gene Express hanya merupakan salah satu rujukan kepada panduan kesihatan anda. Laporan tersebut tidak sepatutnya menggantikan nasihat daripada doktor atau pemeriksaan kesihatan. Ya, anda masih perlu mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor.

    • Mengapa keputusan DNA saya berbeza daripada jangkaan saya?

      Tidak mustahil jika DNA anda berbeza daripada jangkaan kerana profil DNA hanya boleh menunjukkan kebarangkalian dan bukannya kepastian. Mungkin ada faktor genetik lain yang belum ditemui oleh pakar saintis. Terdapat juga faktor bukan genetik yang memberi kesan seperti umur, persekitaran atau gaya hidup anda. Sekiranya anda mempunyai sifat yang berbeza daripada apa yang ditunjukkan oleh genetik anda, cuba fikir ke atas faktor-faktor yang mungkin menjadi penyebab kepada perkembangan tertentu.

    • Apakah teknologi di sebalik perkhidmatan baharu ini?

      Ujian DNA Gene Express menggunakan ujian genetik berasaskan microarray, yang menyelidik keseluruhan genom seseorang di lebih 700,000 lokasi, segalanya bermula daripada air liur anda.

    • Sekiranya saya pernah melakukan penerimaan sum-sum tulang, adakah saya boleh melakukan pemeriksaan genetik?

      Gene Express tidak menyarankan ujian DNA bagi penerima sum-sum tulang. Kami menguji DNA dari sampel air liur anda yang mengandungi sel-sel dari pelbagai sumber, termasuk sel darah yang dihasilkan oleh sum-sum tulang. Sekiranya anda pernah menerima sum-sum tulang, air liur anda mungkin bercampur diantara DNA anda dan DNA penderma anda. Gabungan DNA ini boleh menyebabkan keputusan tidak dapat disimpulkan atau mungkin hasil laporan adalah milik penderma anda. Walau bagaimanapun, tiada kesan kepada hasil ujian jika anda adalah penderma sum-sum tulang.

    • Jika saya penerima pemindahan sel stem, adakah saya boleh melakukan pemeriksaan genetik?

      Gene Express tidak menyarankan ujian DNA pada penerima pemindahan sel stem. Kami menguji DNA dari sampel air liur anda yang mengandungi sel-sel dari pelbagai sumber, termasuk sel darah yang dihasilkan oleh sel stem. Sekiranya anda telah menerima sel stem, air liur anda mungkin bercampur diantara DNA anda dan DNA penderma anda. Gabungan DNA ini boleh menyebabkan keputusan tidak dapat disimpulkan atau mungkin hasil laporan adalah milik penderma anda. Walau bagaimanapun, tiada kesan kepada hasil ujian jika anda adalah penderma sel stem.

    • Adakah saya layak untuk ujian DNA?

      Semua orang layak menjalani ujian DNA, tanpa mengira umur, jantina, pekerjaan, keadaan kesihatan (dengan beberapa pengecualian), perempuan mengandung, mempunyai penyakit biasa (selesema), atau mengambil ubat-ubatan biasa seperti ubatan untuk merawat refluks asid. Walau bagaimanapun, ini bukanlah alat diagnostik. Sila berunding dengan doktor atau pembekal penjagaan kesihatan jika anda mempunyai pertanyaan perubatan.

    • Bagaimanakah ujian ini dilakukan?

      Ujian ini melibatkan 3 langkah: (i) pengumpulan sampel, (ii) pemprosesan sampel, dan (iii) penyediaan laporan. Sebaik sahaja anda mengumpul sampel air liur dan menghantar ke makmal, DNA anda akan diasingkan dan diekstrak. DNA yang diekstrak akan digunakan pada DNA BeadChip, dan DNA anda akan melalui pemadaman dengan varian genetik yang bersesuaian dari pangkalan data kami. Laporan akan dikeluarkan berdasarkan kepada jenis varian genetik yang sepadan dengan DNA anda.

    • Ujian manakah lebih tepat? Ujian DNA atau ujian darah?

      Ujian DNA mengenalpasti risiko kecenderungan genetik, manakala ujian darah menunjukkan keadaan kesihatan semasa. Kedua-dua ujian adalah berlainan tujuan dan tidak boleh dibandingkan.

    • Bolehkah saya mengenalpasti penyakit saya dengan melakukan ujian ini?

      Tidak, ini bukan ujian diagnostik dan keputusannya tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan. Ujian tersebut tidak dapat mengesan punca atau tanda penyakit berjangkit tetapi menentukan tahap kesihatan dan kesejahteraan umum yang boleh diperbaiki dengan mengubah gaya hidup anda. Anda harus berbincang dengan penyedia perkhidmatan kesihatan anda jika terdapat sebarang masalah perubatan atau keputusan yang tidak normal.

    • Bolehkah saya mengenalpasti penyakit berjangkit?

      Tidak, ini bukan ujian diagnostik dan tidak boleh digunakan untuk mengesan penyakit berjangkit. Ujian genotip ini adalah untuk DNA manusia sahaja dan merangkumi DNA virus atau DNA bakteria.

  • 2. Bagaimana untuk mendapatkan kit pengumpulan air liur Gene Express?

    • Bagaimanakah saya dapat membeli kit pengumpulan air liur Gene Express?

      Anda boleh membeli pakej ujian genetik secara atas talian di www.geneexpress.com.

    • Bolehkah saya membeli bagi pihak keluarga/rakan-rakan?

      Ya, boleh. Malah, anda boleh menghadiahkan kit pengumpulan air liur untuk majlis ulang tahun kelahiran, perkahwinan atau hadiah untuk anak yang tersayang. Sila maklum bahawa kit haruslah didaftar dengan Gene Express menggunakan nama individu berkenaan di www.geneexpress.com.

    • Semasa membeli kit pengumpulan air liur bagi keluarga/rakan-rakan, bolehkah saya mengakses laporan mereka?

      Tidak, menghormati data peribadi individu lain adalah sangat penting. Hanya pemilik gen yang dianalisis akan diberi kebenaran untuk mengakses laporan mereka. Tetapi, bagi individu berumur di bawah 18 tahun boleh mengakses keputusan melalui akaun Gene Express ibu atau bapa mereka.

    • Saya tidak menetap di Malaysia. Bolehkah saya membeli kit pengumpulan air liur Gene Express?

      Buat masa ini, kami tidak menerima pembelian dari negara lain. Ini bermakna, anda hanya boleh membeli kit pengumpulan air liur Gene Express di Malaysia, Singapura dan Brunei sahaja.

    • Mengapa perlu mendaftar kit pengumpulan air liur?

      Sampel DNA akan dipautkan kepada kod bar pada kit pengumpulan air liur Gene Express anda. Oleh itu, pendaftaran kit akan memudahkan kami mengenalpasti pemilik sampel DNA. Sampel yang tidak didaftar tidak akan diproses dan akan dilupuskan.

  • 3. Apa yang perlu dilakukan setelah saya menerima kit pengumpulan air liur Gene Express?

    • Apakah yang terkandung dalam kit pengumpulan air liur Gene Express?

      Kit pengumpulan air liur Gene Express mengandungi alat pengumpulan air liur, manual pengguna, beg biobahaya dan beg kiriman syarikat penghantaran. Tiub pengumpulan air liur disertakan juga dengan 2ml larutan penstabil.

    • Bagaimanakah untuk mendaftar kit pengumpulan air liur Gene Express?

      Setelah mencipta akaun Gene Express anda di www.geneexpress.com, sila log masuk untuk mendaftar kit pengumpulan air liur pada bila-bila masa. Anda boleh memantau status ujian dan melihat laporan anda apabila sudah siap.
      Setelah mendaftar, sampel air liur anda akan dipadankan dengan kod bar supaya kami boleh mengesan pemilik sampel. Demi keselamatan, sampel tanpa padanan akaun tidak akan diproses dan akan dilupuskan.

    • Apa yang perlu dilakukan jika saya gagal untuk mendaftar kit pengumpulan air liur walaupun sudah mencuba berulang kali?

      Mesej ralat muncul atas beberapa sebab. Jika ia berlaku semasa pendaftaran kit pengumpulan air liur anda, sila hubungi kami di cs@geneexpress.com dan kemukakan butiran ralat. Lebih baik jika anda sertakan bersama tangkapan skrin mesej ralat.

    • Apa yang terjadi jika larutan dalam tiub tertumpah?

      Bagi menjamin kualiti hasil ujian, kami mengesyorkan supaya anda mendapatkan kit gantian daripada Bahagian Khidmat Pelanggan kami.

    • Saya rasa kit pengumpulan air liur saya telah dicerobohi kerana ia telah terbuka. Apa yang perlu saya lakukan?

      Bagi menjamin kualiti hasil ujian, kami mengesyorkan supaya anda mendapatkan kit gantian daripada Bahagian Khidmat Pelanggan kami.

  • 4. Bagaimana untuk mengumpul sampel air liur?

    • Perlukah saya dapatkan sampel air liur dengan segera selepas menerima kit pengumpulan?

      Jangka hayat penyimpanan kit pengumpulan air liur adalah selama 3 tahun. Jadi, jika anda menyimpan dengan betul, anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa sebelum tarikh luput. Walau bagaimanapun, kami mengesyorkan air liur dikumpul secepat mungkin setelah selesai mendaftar agar anda dapat melihat laporan dengan cepat.

    • Bagaimana mendapatkan sampel air liur saya?

      Sila rujuk manual pengguna yang disediakan bersama kit pengumpulan air liur Gene Express anda.

    • Berapa lamakah jangka hayat sampel air liur setelah dikumpul?

      Selepas sampel dikumpul, ia boleh disimpan selama 3 tahun pada suhu bilik dengan teknik penyimpanan dan pengendalian yang betul. Kami mengesyorkan anda menghantar sampel air liur ke makmal sebaik sahaja anda mengumpulnya menerusi perkhidmatan penghantaran percuma kami.

    • Adakah faktor suhu akan menjejaskan sampel air liur saya?

      Tiada masalah untuk menyimpan pada suhu bilik. Tiub pengumpulan air liur mengandungi agen penstabil untuk melindungi sampel DNA. Jika tidak terdedah kepada suhu melebihi 80°C, sampel anda akan kekal stabil selama 3 tahun pada suhu bilik.

    • Mengapa air liur dipilih sebagai sampel?

      Sampel air liur dipilih berbanding sampel rambut dan darah kerana ia lebih mesra pengguna, mudah digunakan dan tidak invasif untuk pengumpulan sampel DNA. Di samping itu, sampel air liur memberikan kepekatan DNA yang konsisten berbanding sampel buccal (mulut).

    • Bagaimana jika saya terlupa untuk berpuasa sebelum mendapatkan sampel air liur?

      Lebih baik mengelak daripada mengambil sebarang makanan untuk mengurangkan pencemaran. Jika anda terlupa dan terus mengumpul sampel air liur, makmal perlu menguji sampel air liur sebelum menentukan sama ada sampel boleh digunakan atau tidak.

  • 5. Bagaimana untuk menghantar sampel air liur ke makmal?

    • Bagaimana untuk menghantar sampel air liur ke makmal?

      Anda boleh tetapkan perkhidmatan pungutan secara atas talian semasa pendaftaran kit. Syarikat kiriman yang dilantik akan menghubungi anda untuk menjadualkan pungutan.

    • Bagaimana saya boleh menjadualkan semula masa kutipan kit saya?

      Jika anda ingin menjadualkan semula masa kutipan anda, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami di +603 8026 2798 dalam masa 24 jam dari jadual asal kutipan yang ditetapkan.

    • Berapa kali saya dibenarkan untuk menjadualkan semula masa kutipan?

      Kami faham anda perlu menjadualkan kutipan mengikut masa anda dan keluarga. Justeru, kami telah berunding dengan syarikat kurier yang dilantik agar anda boleh menjadualkan semula kutipan mengikut jadual anda, selagi ia dilakukan dalam tempoh 24 jam daripada masa kutipan asal anda.

    • Bagaimana untuk mengesan status penghantaran?

      Anda boleh mengesannya dengan mudah selepas mendaftar kit pengumpulan air liur anda. Klik tab “Status Penghantaran” di ‘Akaun Saya’ untuk menyemak status penghantaran kit anda.

    • Apa yang berlaku jika saya terlupa mendaftar kit air liur sebelum menghantar sampel ke makmal?

      Anda perlu menghubungi Bahagian Khidmat Pelanggan dengan segera berserta maklumat nombor invois dan bil udara (AWB) untuk tujuan semakan.

  • 6. Bila saya akan menerima Laporan Gene Express saya?

    • Apa yang berlaku selepas Gene Express menerima sampel air liur saya?

      Setelah menerima sampel air liur anda, makmal akan memprosesnya dengan menggunakan mesin penjenisan gen, iScan, untuk mentafsir sampel anda. Kemudian, panel saintis terulung kami akan menganalisis keputusan dan menyediakan laporan anda. Laporan yang siap akan dimaklumkan kepada anda dan anda boleh melihatnya di www.geneexpress.com. Secara umumnya, ia mengambil masa sehingga 4 minggu selepas makmal menerima sampel anda. Ini berikutan DNA mengandungi maklumat yang besar dan mengambil masa yang lama untuk diproses.

    • Kenapa perlu tempoh yang lama untuk menyiapkan laporan?

      Laporan akan disiapkan dalam tempoh 4 minggu selepas diterima. Pelbagai ujian berkaitan kualiti dan prosedur yang teliti perlu dilakukan demi menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi.

    • Bagaimana saya boleh melihat Laporan Gene Express saya?

      Log masuk dan akses akaun Gene Express anda di www.geneexpress.com untuk melihat laporan anda.

    • Adakah saya akan menerima laporan dalam salinan bercetak?

      Kami akan menyediakan salinan lembut bagi laporan anda supaya ia senang diakses melalui akaun Gene Express anda. Salinan bercetak dalam versi ringkas juga akan dihantar ke rumah anda.

    • Siapakah yang dapat mengakses Laporan Gene Express saya?

      Melindungi data peribadi anda adalah komitmen kami. Kami telah melaksanakan prosedur yang ketat untuk mengelakkan kehilangan, penyalahgunaan atau pengubahsuaian kepada semua data peribadi dalam simpanan kami.

      Kit pengumpulan air liur anda telah ditanda dengan kod bar istimewa yang telah dipautkan dengan akaun anda semasa mendaftar. Semasa DNA dianalisis, kod bar tidak akan mempunyai sebarang maklumat peribadi, dan satu-satunya pautan yang memadankan sampel dengan akaun anda. Ini bermaksud, semua saintis yang memproses DNA anda tidak mempunyai akses akaun dan maklumat peribadi anda.

    • Apakah Bahasa yang digunakan dalam Laporan Gene Express?

      Anda boleh memohon untuk memilih laporan anda dalam 2 pilihan bahasa yang disediakan: Bahasa Inggeris atau Mandarin.

    • Bolehkah keluarga saya mengubah gaya hidup mereka berdasarkan laporan DNA saya?

      Tidak, ini tidak digalakkan sama sekali. Setiap ahli keluarga mempunyai profil DNA yang berbeza. Terdapat beberapa sebab: (a) kita mewarisi kombinasi DNA daripada ibu atau bapa berdasarkan kebarangkalian, (b) Pengaruh bukan genetik (pilihan makanan, gaya hidup peribadi dan amalan diet).

    • Adakah ‘DNA Personalised Wellness’ menyediakan perkhidmatan kaunseling pra- dan/atau pasca-genetik?

      Tiada perkhidmatan pra dan/atau pasca kaunseling buat masa kini. Permasalahan berkaitan kesihatan boleh dirujuk kepada pakar perubatan atau kaunselor genetik atau khidmat nasihat perubatan.

    • Adakah laporan ini sesuai digunakan untuk kegunaan klinikal?

      Laporan ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis sebarang penyakit. Ia adalah bertujuan untuk memahami kesihatan anda dengan lebih baik. Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan atau kebimbangan tentang status kesihatan anda, sila rujuk dengan doktor anda.

    • Jika laporan tidak menunjukkan saya membawa gen penyebab, adakah ia bermakna saya bebas penyakit?

      Ekoran teknologi semasa yang terbatas, ujian ini tidak meliputi semua gen dan SNP bagi ciri-ciri tertentu. Hasil ujian akan bertambah baik sebaik sahaja penyelidikan dijalankan dan lebih banyak maklumat diterokai. Kami akan mengemas kini hasil ujian secara automatik apabila teknologi dan maklumat tersedia ada.

    • Apakah yang akan berlaku kepada sampel DNA saya?

      Sampel anda akan disimpan di lokasi selamat, akses yang dikawal dan dilabel hanya dengan kod bar unik anda. Jika terdapat penemuan baharu dalam bidang nutrigenomik, maklumat tambahan akan ditambah ke dalam laporan ujian dan panel baharu dengan maklumat tambahan terkini akan disediakan kepada anda.

  • 7. Apa yang berlaku jika kit pengumpulan saya rosak / bermasalah ATAU hilang / rosak tanpa sengaja?

    • Apakah yang berlaku jika kit pengumpulan air liur yang diterima rosak atau bermasalah?

      Hubungi kami di pautan ini dengan segera. Kami akan membantu anda mendapatkan kit gantian baharu. Sila ambil perhatian bahawa ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

    • Apakah yang berlaku jika kit air liur saya hilang atau rosak tanpa sengaja?

      Sila hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan kami di talian cs@geneexpress.com dan mereka akan membantu anda.

    • Bagaimana untuk memulangkan kit pengumpulan air liur yang rosak atau bermasalah?

      Kualiti adalah keutamaan kami. Jika anda menemui kerosakan pada produk kami, sila ikuti prosedur dengan teliti. Jika gagal, anda tidak boleh menukar kepada kit yang baharu:

      Maklumkan kepada Bahagian Khidmat Pelanggan kami dalam masa (3) hari bekerja selepas pembelian atau selepas menerima kit.

      Wakil daripada Bahagian Khidmat Pelanggan akan memeriksa bungkusan yang rosak.

      Jika pemeriksaan mendapati bungkusan rosak akibat kecuaian semasa penghantaran, anda boleh memulangkan produk yang terjejas, bekas asal dan salinan Nota Kredit (CN) bagi tujuan penukaran.

      Nota: Gene Express berhak menolak penukaran jika pelanggan tidak menunjukkan bekas asal dan salinan CN.

  • 8. Apa yang berlaku jika makmal gagal memproses sampel air liur saya?

    • Apa yang terjadi jika air liur saya tidak boleh diproses oleh makmal?

      Hal ini biasa terjadi jika DNA tidak boleh diekstrak, akibat pencemaran atau jumlah DNA yang ada terlalu kecil. Ini cuma dua faktor penyebab daripada pelbagai kemungkinan lain.

    • Apa yang harus saya lakukan jika sampel air liur tidak boleh diproses?

      Kami akan menghubungi anda untuk mengambil kit pengumpulan air liur yang baharu. Anda tidak perlu membayar kos tambahan di atas apa jua sebab kegagalan. Ini tertakluk kepada sebahagian terma dan syarat.